Hanse dedah dunia K-pop indah khabar daripada rupa

INDUSTRI K-pop sememangnya indah khabar daripada rupa. Anggota kumpulan Victon, Hanse dedahkan, kumpulannya pernah mendapat bayaran hanya RM175 selepas seminggu bekerja keras melakukan promosi album menerusi sebuah program televisyen.

Meskipun program terbabit memberi impak kepada karier mereka, namun idola berusia 26 tahun itu tetap terkilan dengan kadar bayaran yang sangat menyedihkan.

Dapat melakukan persembahan menerusi program televisyen memang cara promosi berkesan tetapi bayaran tidak seperti disangka peminat.

“Seminggu buat promosi memerlukan kos sebanyak RM35,000 tetapi pulangan pula hanya RM175,” dedahnya dalam platform media sosial.

Kata jejaka tampan itu lagi, biasanya mereka akan mengeluarkan kos RM60,000 bagi memastikan mereka nampak gah di mata peminat.

Kadang-kadang saya terfikir lebih baik gunakan wang itu untuk membuat muzik video atau perkara lain yang mendatangkan keuntungan,” tutupnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok