Han So-hee pilih Perancis sambung belajar

Selepas terpalit dengan rangkaian kontroversi, paling hangat tentang percintaan, pelakon Han So-hee dilihat seolah-olah membawa diri apabila memutuskan mahu menyambung pengajian di sebuah universiti di Perancis.

Perkara tersebut disahkan agensinya sendiri, 9ato Entertainment, namun tidak boleh mendedahkan butiran lanjut berhubung jurusan diambil dan nama universiti atas sebab peribadi.

“Semua kenyataan yang dibuat oleh Han So-hee sebelum ini mengenai penerimaan masuk ke universiti di Perancis adalah benar.

“Bagaimanapun sukar untuk kami mendedahkan butiran khusus kerana perkara itu adalah peribadi,” katanya.

Sehingga kini, perkara tersebut masih belum ada kepastian. Aktres berusia 29 tahun itu dilihat tidak berkongsi sebarang kemas kini berhubung proses pendaftaran pengajiannya dalam media sosial.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok