IMPIAN kami untuk mempunyai cahaya mata jadi kenyataan.”
Demikian perkongsian penyanyi Syahrini mengenai khabar gembira dirinya berbadan dua selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga.
Pengumuman tersebut sekali gus nenjawab semua khabar angin tentang dakwaan Syahrini atau nama penuhnya Rini Fatimah Zaelani, 44, hamil sejak beberapa bulan lalu.
Menerusi perkongsian dalam Instagram, dia memuat naik foto bersama suami iaitu Reino Barack sedang memegang dan mencium perutnya yang kini sudah berusia tujuh bulan.
Bismillahirrahmannirrahim, kami mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata dan kini sudah menjadi kenyataan,” katanya.
Dia turut meletakkan tanda pagar #7monthspregnant (tujuh bulan usia kehamilan) sekali gus memberitahu usia kandungannya sudah memasuki trimester ketiga.
Syahrini bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai jantina bayinya yang menjadi teka-teki ramai ketika ini.
Perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada selebriti Indonesia, Malaysia serta netizen.
“Tahniah kepada anda berdua,” ucap pelakon Fazura.
“Alhamdulillah, masya-Allah, TabarakaAllah tumpang gembira,” komen penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Sebelum ini, khabar angin Syahrini didakwa hamil anak pertama bertiup kencang selepas beberapa foto yang menampakkan ‘baby bump’ tular dalam media sosial.
Untuk rekod, Syahrini mendirikan rumah tangga dengan Reino pada 27 Februari 2019 di Masjid Tokyo Camii, Tokyo, Jepun sebelum mengambil keputusan berehat daripada kerjaya seni. – HIBGLAM