Giliran Yeo One jalani latihan tentera

Tiada angin tiada ribut, anggota kumpulan Pentagon, Yeo One mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan dirinya telah memulakan latihan tenteranya secara rasmi.

Idola berusia 28 tahun itu sempat berkongsi foto dirinya beserta ucapan istimewa buat peminatnya.

“Hai saya akan mulakan latihan tentera hari ini (kelmarin). Dalam masa 1 tahun 6 bulan, saya akan kembali sebagai lelaki gagah dan matang untuk Universe (kelab peminat).

Jangan berhenti menyokong karier dan lagu saya. Doakan saya  kekal sihat dan bahagia, saya sayang awak semua!” tulisnya.

Menurut sebuah laporan, Yeo One sengaja merahsiakan tarikh lapor dirinya kerana enggan menyusahkan peminat untuk datang dan menunggunya di kem.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok