Giliran Dawon ‘tinggalkan’ dunia hiburan

TIADA angin tiada ribut, nama anggota kumpulan SF9, Dawon meledak dalam media sosial Korea Selatan sejurus diumumkan bakal menjalani latihan ketenteraan pada 1 Julai nanti.

Perkara tersebut diumumkan agensinya, FNC Entertainment yang turut memaklumkan tiada acara rasmi berasingan akan diadakan dan peminat ditegah sama sekali untuk berkunjung.

Larangan tersebut dibuat bagi mengurangkan kesesakan semasa pendaftarannya dan mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Agensi turut menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan berterusan dan memohon agar semua peminat idola berusia 28 tahun itu sihat sepanjang berada dalam kem latihan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok