Gaun ‘Palestin’, solidariti Cate Blanchett raih pujian

ANGGUN menggayakan gaun menggabungkan warna bendera Palestin, kemunculan pelakon Cate Blanchett di acara karpet merah Festival Filem Cannes, Perancis mencuri tumpuan masyakarat dunia.

Berani mempamerkan solidariti terhadap rakya Palestin, Blanchett, 55, dilihat tenang dan tersenyum sambil melambaikan tangan ke arah media serta peminat.

Pelakon filem Ocean’s 8 itu tampil anggun dalam gaun rona hitam di bahagian hadapan, berwarna hitam di bahagian hadapan manakala putih di belakang dan hijau pada sebelah dalamnya.

Menurut Pengarang Vogue Arabia, Livia Firth, tindakan pelakon kelahiran Australia itu dilihat sebagai salah satu usaha mempamerkan tanda sokongan terhadap Palestin.

Warna pakaiannya sama seperti bendera Palestin yang digabungkan dengan warna merah karpet,” katanya.

Tindakan Blanchett itu sekali gus dihujani pujian kerana dilihat berani menyuarakan sokongannya terhadap Palestin.

Pada Oktober lalu, Blanchett bersama 55 bintang Hollywood lain telah menandatangi surat terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bagi menggesa gencatan senjata di Gaza segera dilaksanakan.

Malah, beliau pernah menggesa pemimpin negara Eropah untuk memberi perlindungan kepada rakyat Palestin di negara mereka.

“Saya bukan orang Syria. Saya bukan orang Ukraine. Saya bukan orang Yaman, Saya bukan orang Afghanistan. Saya bukan orang Sudan. Saya bukan Israel atau Palestin.

Saya bukan ahli politik. Saya bukan pakar. Tetapi saya adalah saksi dan telah menyaksikan korban perang, keganasan dan penganiayaan manusia dari seluruh dunia.

“Saya tidak boleh berpaling muka melihat perkara ini berlaku,” katanya.

Untuk info Festival Filem Cannes menyaksikan barisan artis papan atas dari pelbagai negara berkumpulan untuk saling bertukar pendapat tentang dunia perfileman. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok