Enggan buka tudung, Fazlina tak gentar hilang ‘job’

PELAKON senior, Fazlina Ahmad Daud berasa kesal apabila terdapat produksi yang tidak sensitif memintanya membuka tudung meski mengetahui dirinya sudah berhijab sepenuhnya.

Kata Fazlina, 48, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan dia menyifatkan industri lakonan kini sudah tersimpang jauh.

“Bila tidak bertudung, mereka suruh pakai tudung.

Bila dah bertudung mereka suruh membuka tudung pula.

“Apa punya industri,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Sarat politik, pelakon drama Rindu Kasih itu turut mendedahkan terdapat isu lain yang perlu dihadapi seperti kronisme selain pihak produksi mendiamkan diri walaupun telah bersetuju, tiada bajet dan pelbagai lagi karenah.

Pun begitu, Fazlina reda sekiranya tidak disuakan apa-apa tawaran kerana percaya rezeki yang diberikan Tuhan.

Ya! Benda merepek aku kena hadap. Macam-macam peel (perangai) orang industri sekarang.

“Suruh buka tudung la, kroni la, dah setuju tapi senyap, tiada bajet la. Eh macam-macam la.

Tiada tawaran kerja tiada masalah. Bumi Allah besar untuk aku cari rezeki lain,” ujarnya.

Semakan HibGlam mendapati hantaran tersebut mendapat perhatian netizen dan rakan-rakan selebriti yang bersetuju dengan kenyataan Fazlina sekali gus mendoakaan agar aktres itu kekal istiqamah.

Terus kuat berpegang pada tali, abaikan sahaja yang buka tutup tu. Mereka tak nampak jalan lagi tu,” komen seorang pelakon.

“Sekarang faham kan kenapa aku mahu bersara? Banyak sangat benda merepek,” demikian komen seorang lagi pelakon. ⁠- HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok