194
ANGGOTA kumpulan Seventeen, DK berdepan insiden menakutkan apabila dia tiba-tiba mendapat panggilan palsu daripada seorang peminat fanatik ketika sedang membuat video siaran langsung.
Lebih parah, individu tersebut menggunakan data pemanggil (ID) dengan nama anggota Seventeen yang lain iaitu Seungkwan.
Mengulas lanjut, DK mengakui hampir terpedaya dengan taktik yang digunakan peminat fanatik berkenaan.
Saya jawab telefon tersebut memikirkan panggilan tersebut daripada Seungkwan, rupanya mereka (peminat) yang menggunakan nama tersebut,” katanya.
Selain DK, anggota Seventeen yang lain termasuk Mingyu dan Jeonghan turut berdepan pengalaman sama. – HIBGLAM