Didi Astillah difitnah pernah bercinta dengan Aliff Aziz

Lain pula yang ditentang, lain pula yang muncul dalam media sosial.

Itu yang berlaku kepada pelakon Didi Astilllah apabila muncul gosip liar mendakwa dia pernah menjalin hubungan cinta dengan abang ipar yang juga penyanyi, Aliff Aziz.

Lebih mengaibkan, hantaran tersebut turut mendakwa mereka pernah bermalam bersama di sebuah hotel.

Berang dengan tuduhan sebegitu, Didi menyangkal dakwaan tersebut yang disifatkan sebagai fitnah.

Astaghfirullahalazim. Fitnah apa ini?

“Beraninya buat fitnah dan lepas itu jadikan artikel,” katanya ringkas.

Tangkap layar artikel yang memfitnah konon-kononnya Didi pernah bercinta dengan abang ipar sendiri, Aliff Aziz.

Terdahulu, dakwaan tersebut dicetuskan oleh sebuah akaun Facebook dengan membuat tajuk sensasi pada pautan dalam sebuah hantaran yang turut menggunakan foto Aliff dan Didi.

“Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah bercinta sebelum Bella.

“Bella bongkar rahsia Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah tidur bersama di hotel,” tulis artikel tersebut.

Sebelum ini, Bella juga mendedahkan dengan mendakwa Aliff pernah menjalin hubungan cinta dengan adiknya iaitu Eriqa Astillah selain curang dengan 11 orang wanita lain. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok