Derita kanser usus, PM hulur sumbangan kepada Huzz

PRIHATIN dengan dugaan yang dihadapi pengamal media, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada wartawan hiburan terkenal, Huzz yang kini telantar di hospital.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Anwar memaklumkan bahawa Huzz atau atau nama sebenar Kamal Huzaini kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur akibat menderita kanser usus tahap empat.

Jelasnya, Huzz amat popular ketika era 80an-90an menerusi penulisan berkaitan dunia artis tanah air.

“Selain bertanyakan khabar, Farhan turut memberikan sedikit bantuan daripada pihak saya bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Saya amat berharap pemberian ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada saudara Huzz, Insya-Allah,” tulisnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok