Cuba ‘interview’ Ruhainies pula – Bella Astillah

CUBA interview (temu bual) Ruhainies pula.”

Demikian jawapan spontan pelakon Bella Astillah ketika diminta mengulas mengenai pengakuan suaminya, Aliff Aziz dalam sebuah audio siar atau podcast, baru-baru ini.

Lebih selesa tidak menjawab sebarang soalan, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, mengelak ditemu bual media.

Ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Bougas dan pelantikan Nabila Razali sebagai duta, ibu kepada dua anak itu terus bergegas pulang sebaik selesai sesi bergambar dengan peminat.

Bella hadir sebagai penyanyi undangan dengan membawakan lagu Masing-Masing nyanyian asal Ernie Zakri.

Begitupun, sebelum memasuki lif dia sempat membalas pertanyaan berkenaan persediaan naik mahkamah tidak lama lagi.

“Insya-Allah, mental dan fizikal dah sedia,” ujarnya.

Terdahulu, tular video memaparkan Aliff gagal menahan sebak sewaktu berkongsi masalah rumah tangganya dalam podcast, The Common Folks SG.

Krisis rumah tangga Aliff dan Bella tercetus apabila penyanyi berusia 33 tahun itu ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan cerai terhadap di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.

Lebih panas apabila muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Situasi semakin parah apabila Sarah mendedahkan perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies sehingga membabitkan ramai artis lain seperti Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok