Cik B izin Vida kahwin lagi tapi bersyarat

MAMA nak ke suami baharu? Kalau nak, ikut mama lah.”

Demikian kata usahawan muda, Cik B yang berlapang dada membenarkan ibu tersayang, Datuk Seri Vida mencari calon suami.

Ujar Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, dia semakin memahami situasi wanita tanpa lelaki di sisi namun berharap insan dihormati itu berhati-hati memilih pasangan hidup.

Saya tak kisah sebab saya pun faham perasaan sendu (sunyi).

“Memang dahulu saya tak bagi (kahwin) sebab masa kecil saya tak faham lagi.

Tapi mama jangan buta kerana cinta, mama carilah orang yang bagus,” katanya menerusi siaran langsung dalam Tiktok menjawab pertanyaan ibunya tentang soal jodoh.

Semakan HibGlam menerusi ruangan komen mendapati, rata-rata netizen memuji anak wanita berusia 52 tahun itu yang semakin dewasa dan mahu ibunya bahagia menyulam cinta.

“Bagus Cik B, sangat matang, ibaratnya dia sudah faham ibunya dari perspektif seorang wanita,” komen netizen itu.

Cik B terlalu sayang mama dia. Sebab tu dia nak hanya yang betul-betul ikhlas sayang mama dia. Bukan sebab harta. Dia tidak mahu ibunya terus disakiti dek cinta,” tulis seorang pengguna TikTok itu.

“Terharu pula tengok Cik B cakap macam itu, dia faham DSV sunyi dan perlukan teman sekatil,” demikian komen pengikut.

Sebelum ini Vida pernah mendirikan rumah tangga beberapa kali namun tidak berpanjangan.

Sekitar 2021, bertebaran spekulasi mendakwa Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman bakal berkahwin dengan bekas pengurusnya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Bagaimanapun, khabar tersebut lebur begitu sahaja apabila tiada jodoh antara mereka. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok