Byun Woo-seok, Jeon Ji-su hangat bercinta?

Tiada angin tiada ribut, pelakon berbakat besar Byun Woo-seok dikatakan hangat bercinta dengan model terkenal, Jeon Ji-su.  

Lebih menguatkan dakwaan, terdapat beberapa foto yang dimuat naik jejaka berusia  32 tahun itu memaparkan latar belakang yang sama dengan gambar pada hantaran model jelita tersebut menerusi Instagramnya.

Label Woo-seok, Varo Entertainment bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dengan mengatakan mereka hanya berkawan. 

Khabar angin Woo-seok bercinta dengan seorang model terkenal tidak benar sama sekali.” 

“Memang mereka pergi ke tempat yang sama tetapi ada ramai rakan lain. Mereka hanya berkawan, tidak lebih daripada itu,” kata wakil label terbabit. 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok