Bunga Isme ‘kantoi’ sudah nikah 7 bulan lalu

PERNAH mengelak daripada mengulas status terkini, penyanyi Bunga Isme dikhabarkan sudah sah bergelar isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri pada 14 Oktober 2023.

Menurut sumber, majlis pernikahan pasangan terbabit telah diadakan secara tertutup di sebuah villa di Kuang, Selangor.

Menerusi kad jemputan yang diedarkan, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 24, turut menggariskan beberapa syarat untuk dipatuhi tetamu.

Tangkap layar bukti undangan pernikahan antara Bunga dan suami, Amzar Sabri yang difahamkan berlangsung Amzar Sabri 14 Oktober tahun lalu.

Antaranya tidak dibenarkan merakam gambar atau video sepanjang majlis selain larangan memuat naik sebarang hantaran berkaitan pernikahan dalam laman sosial.

Pernikahan yang berlangsung pada sebelah pagi disusuli jamuan makan menyaksikan pengantin mengenakan persalinan hitam.

Tidak diketahui alasan merahsiakan berita gembira itu kepada peminat, namun sekitar Syawal lalu suaminya seakan-akan memberi bayangan mereka sudah berkahwin.

Memuat naik gambar mesra berbaju raya sedondon biru dalam Instagram, selain Bunga melentok manja di bahu penyanyi terbabit, Amzar, 28, turut menyertakan kapsyen seperti mengesahkan dirinya sudah bergelar seorang suami.

“Alhamdulillah, kerana doa keluarga dan sahabat, kami bersatu akhirnya,” ujarnya pada keterangan hantaran bertarikh 10 April lalu.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai ramai tertanya-tanya status terkini pasangan yang sudah bercinta sejak lima tahun lalu itu.

Begitupun, Bunga dalam temu bual dengan sebuah portal enggan memberikan sebarang komen berhubung perkongsian dibuat Amzar.

Bunga yang sebelum ini pernah menyatakan belum sedia berumah tangga dan hanya memaklumkan akan berkongsi sebarang perkembangan dalam masa terdekat.

Hubungan cinta mereka bukan lagi rahsia apabila keluarga kumpulan duo Viral itu datang merisiknya pada Februari tahun lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok