SUSULAN gambar keadaan tangan yang menampakkan bekas ukiran di tangan, pempengaruh Ameera Khan tampil menjelaskan tanda tersebut bukan tatu seperti didakwa.
Akuinya ukiran pada tangannya didakwa menyerupai cacah dan tatu bukan seperti disangka pihak tertentu sehingga mencetuskan salah faham.
Ameera atau mesra disapa Little Miss Khan memberitahu, ukiran kupu-kupu berkenaan merupakan inai henna yang pernah dipakai sebelum ini.
Akui adik kepada usahawan selebriti Neelofa itu, hiasan berkenaan adalah bekas luka daripada pemakaian henna yang dibuat ketika di Madinah, pada awal tahun.
Menurut Ameera, dia mempunyai alahan atau alergi dengan henna itu sehingga kulitnya terkopek dan berdarah sekali gus meninggalkan bekas.
Jadi, jangan lagi cetuskan lagi spekulasi liar terhadap Little Mizz Khan ye.
Mizz Lahar: Kekasih gelap Aliff Aziz tiada had masa tamatkan pendedahan mengenai pendedahan dibuat.