Bukan gereja tapi dewan komuniti, Alif Satar rujuk ustaz

BUKAN gereja tetapi dewan komuniti”.

Demikian respons penyanyi Alif Satar terhadap kritikan netizen berhubung dakwaan penganjuran konsert Alif Satar & The Locos di sebuah gereja iaitu St John, Hyde Park di London pada 28 April lalu.

Selaku vokalis, Alif, 38, menjelaskan lokasi tersebut adalah sebuah gereja lama tanpa sebarang simbol keagamaan yang sudah tidak digunakan lagi dan telah diubah kepada dewan komuniti untuk orang ramai termasuk masyarakat Islam di sana.

Bahkan sebelum dikritik netizen, Alif dan anggota bandnya mengakui turut berasa terkejut ketika pertama kali melihat dewan komuniti tersebut.

“Kami sendiri peka dan sensitif perkara sebegini. Ketika dapat tahu tentang dewan ini daripada penganjur, kami sendiri berasa ragu-ragu walaupun tahu ada band tempatan lain pernah mengadakan persembahan di situ.

Selepas melihat sendiri dewan itu digunakan seperti taska dan taman permainan oleh masyarakat setempat termasuk mereka yang beragama Islam, kami okey.

“Malah, saya juga merujuk perkara ini kepada ustaz yang memang saya bawa dari Malaysia sebelum meneruskan konsert di situ,” ujar Alif.

Tambah Alif, ketika isu ini hangat diperkatakan pihaknya memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan kerana sedar isu agama sangat sensitif.

Bila isu ini dibangkitkan, saya sedar akan keprihatinan masyarakat Malaysia, tetapi saya tidak perlu jawab kerana ramai orang yang terdiri daripada pelajar di sana dan penonton konsert itu sendiri tolong beri jawapan di ruangan komen di Instagram.

“Saya juga tidak mahu ganggu sensitiviti dan menghormati rumah ibadat agama lain. Walaupun kita bukanlah orang Islam yang terbaik dan sempurna, tetapi kita tahu batas dan sempadan yang perlu dijaga,” ujar Alif lagi.

Sambung Alif, meskipun pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya, dia enggan memanjangkan hal tersebut.

Saya dapat tahu orang yang mula buat tuduhan itu telah memadamkan komen dan video.

“Tidak perlu bergaduh kerana saya anggap mereka tidak tahu. Orang kata jauh perjalanan, luas pandangan,” jelas Alif.

Dalam perkembangan lain, Alif Satar & The Locos tampil dengan kolborasi sulung bersama Mariott Banvoy menerusi lagu kempen berjudul Kumandang.

Lagu berkenaan adalah hasil kreativiti pekerja di bawah Mariott Banvoy yang bertujuan mempamerkan kecemerlangan hospitaliti mereka melalui muzik.

Kempen tersebut turut diserikan dengan video muzik yang menampilan Alif Satar & The Locos bersama kesemua pemenang pertandingan penciptaan lagu yang dimenangi oleh Fairfield by Marriott Bintulu Paragon. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok