BoA derma RM180,000 bantu kanak-kanak

PERCAYA setiap kanak-kanak berhak bahagia, penyanyi BoA, dengan murah hati menderma sebanyak RM180,000 kepada Pusat Perubatan Asan di Seoul sempena Hari Kanak-Kanak.

Menurut sebuah laporan, sumbangan tersebut diperuntukkan untuk menyokong rawatan kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser.

“Setiap kanak-kanak berhak mendapat kebahagiaan, dan saya mahu membantu mereka yang memerlukan bantuan.

“Orang ramai sentiasa menyokong saya. Kali ini biarlah saya pula menyumbang kepada khalayak,” katanya seperti dipetik satu laporan media.

Ini bukan kali pertama penyanyi berusia 37 tahun itu memberi sumbangan, sebelum ini dia pernah menderma sebanyak RM350,000 untuk membantu kelengkapan hospital kanak-kanak. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok