Bilas wajah 14 kali rahsia awet muda Hyun-jung

BIARPUN umur sudah mencecah 53 tahun, pelakon Go Hyun-jung kelihatan jauh lebih muda daripada usianya.

Sering ditanya tentang rahsia mengekalkan kejelitaan, perkara tersebut dikongsikannya dalam sebuah video.

Selain memperkenalkan barangan yang digunakan, Hyun-jung juga berkongsi kaedah pembersihan wajah dan petua kecantikan peribadi.

“Apabila mencuci muka, saya akan pastikan untuk membilas sebanyak 14 kali.

“Saya urut pada wajah saya sehingga menyentuh bahagian telinga banyak kali sebelum mandi.

“Apabila wajah saya bertukar menjadi merah jambu, saya puas hati seolah-olah sudah bersenam,” katanya dalam video tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok