SUTRADARA Goodbye Earth, Kim Jin-min berusaha keras agar karyanya dapat disiarkan apabila naskhah tersebut turut dibintangi pelakon Yoo Ah-in.
Ini kerana aktor itu berdepan tindakan undang-undang selepas terjebak penyalahgunaan dadah.
“Masalah (Yoo Ah-in) timbul apabila saya menyunting tiga episod pertama. Pada awalnya, saya tak sangka ia menjadi begitu rumit (sunting babak Ah-in) dan berharap semuanya selesai dengan sendirinya.
“Bagaimanapun, saya melihat cabaran ini sebagai peluang untuk menyempurnakan karya saya,” ujarnya kepada media Korea.
Dalam masa sama, beberapa babak Ah-in dalam drama berkenaan telah dipotong.
Disebabkan kontroversi tersebut, drama Goodbye Earth yang sepatutnya ditayangkan pada 2023 terpaksa dianjak tayangannya dan hanya menemui penonton pada 26 April lalu. – HIBGLAM