Babak kahwin Bella, Muaz ‘direstui’ peminat

SIAPA kata kontroversi tak membantu menaikkan populariti drama?

Sepertinya itu yang berlaku pada drama Leha, Leya Lawa lakonan Bella Astillah, Muaz Zabir dan Didi Astillah.

Mana tidaknya, walaupun baru ditayangkan sejak 29 April lalu menerusi platform Tonton, drama berkenaan berjaya meraih jumlah tontonan yang tinggi.

Bukan itu sahaja, gandingan antara Bella dan Muaz juga antara faktor drama ini menjadi bualan ramai sehingga tular beberapa babak romantis mereka.

Antara yang tular ialah babak persandingan watak Leha lakonan Bella dengan John (Muaz).

Sekadar lakonan, netizen bagaimanapun merestui sekiranya babak tersebut menjadi kenyataan.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok