PENYANYI Ayda Jebat sekali lagi membuktikan taringnya masih berbisa apabila diangkat sebagai juara minggu pertama The Hardest Singing Show, malam tadi.
Kemenangan Ayda sekali gus melayakkan dirinya membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.
Dia yang mempersembahkan lagu medley Siapa Diriku dan Nakal Nakal Nakal berjaya menundukkan lapan peserta lain.
Bagaimanapun, tiada sebarang penyingkiran berlaku pada musim pertama sekali gus menyasikan kesemua pesserta mara ke minggu kedua.
The Hardest Singing Show turut disertai Aisha Retno, Aepul Roza, Zizie Kirana, Datin Alyah, Stacy, Kaka Azraff, De Fam dan Putera Muhammad.
Sementara itu, Stacy berjaya memenangi anugerah Alha Alfa yang dipilih berdasarkan undian peminat menerima wang tunai RM3,000.
Program yang diacarakan Nabil Ahmad dan Rina Nosey itu diadili Edry Abdul Halim, Datuk Seri Rossa serta Zizan Razak selaku juri. – HIBGLAM