Anda sudah berkahwin, ada anak

Tiada angin tiada ribut, penyanyi Anda mengejutkan peminat apabila mengumumkan dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Bukan niat untuk menyembunyikan khabar gembira, wanita berusia 33 tahun itu berkata, dia hanya mahukan privasi dan lebih gemar menyimpan kemas hal peribadi.

“Hai semua, sudah lama sebenarnya kita tidak bersua dan saya juga jarang mengemaskini media sosial saya.

“Sebenarnya sudah tiba masanya untuk saya kongsikan bahawa saya sebenarnya sudah berkahwin pada hujung tahun lalu dan kini sudah mempunyai seorang anak kecil.

“Sebagai penyanyi, ibu, dan isteri dalam sebuah keluarga, inilah era baharu kehidupan saya, saya harap semua peminat sentiasa menyokong apa jua karya saya meskipun saya kini sudah berkeluarga,” tulisnya panjang lebar dalam Instagram.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok