Anak arwah adik ‘straight A’ SPM, Hattan sebak

PENYANYI lagenda Datuk Hattan sebak dan berbangga dengan anak saudaranya, Mikael yang meraih keputusan cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), pagi tadi.

Lebih sebak apabila Mikael merupakan anak kepada adiknya iaitu Allahyarham Mohd. Hatta Shahabudin, 46, yang meninggal dunia pada 5 Syawal lalu.

“Mula-mula sekali, tahniah kepada Warriors 2023 Alam Shah. Mereka nombor satu dalam Malaysia.

Ini anak arwah adik saya, Mohd. Hatta Shahabudin. Alhamdulillah, dia berjaya mendapat semua A dan membanggakan kami sekeluarga.

“Kalaulah ada arwah, tidak tahulah apa saya nak cakap. Apa pun tahniah kepada sekolah ini dan Mikael. I love you so much (saya sayang awak sangat),” katanya menerusi sebuah video hantaran Instagram.

Dalam video tersebut, penyanyi lagu Biso Bonar itu tidak dapat menahan sebak dan sempat memeluk erat Mikael atas kejayaannya dalam SPM.

Sebelum ini, pemilik nama lengkap Mohd. Shukri Shahabuddin, 59, itu kehilangan adik tersayang di kediaman keluarga mereka di Seri Menanti, Negeri Sembilan beberapa bulan lalu.

Hattan mengakui pemergian anak keenam dari tujuh beradik itu meninggalkan kesan cukup mendalam buat dirinya, malah, menjadi kenangan Aidilfitri yang tidak dilupakan sampai bila-bila. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok