SEJAK kebelakangan ini, isu Blockout 2024 menjadi trending dalam media sosial. Ramai artis tempatan kategori ‘papan atas’ tersenarai dalam list nama nyahikut platform digital mereka.
Dalam pada ‘kekacauan’ itu berlaku, perkara sebaliknya terjadi kepada pelakon Aidil Aziz yang dilihat asyik memuat naik video dia melakukan aktiviti fizikal dengan hanya memakai seluar pendek.
Sudah menjadi adat apabila seseorang itu sudah berpenat lelah berusaha untuk mendapatkan bentuk tubuh yang menawan, pasti saja akan ditayangkan di media sosial.
Bahkan setiap video yang dikongsi juga mendapat reaksi positif dan memuji kesungguhan Aidil dalam menjaga bentuk meskipun menghampiri usia 40 tahun.
Usaha Aidil nyata membuktikan umur bukan batasan untuk sesorang itu mendapatkan bentuk tubuh menawan dan menarik.
Di samping komen positif, tidak terkecuali ada juga pengguna media sosial yang menitipkan pesan nakal kepada Aidil.
Namun, tiada yang terlalu ekstrem melainkan mereka memuji kesungguhan Aidil melakukan aktiviti fizikal dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Diva: Suka tengok hubungan baik Adira dan bekas suami, Datuk Red.
ANTARA muat naik Aidil Aziz yang membuatkan ramai tidak senang duduk dalam laman sosialnya.