Aduhai, seksinya Lisa!

BARU-BARU ini, penyanyi Blackpink iaitu Lisa menghadiri sebuah acara di Monaco.

Lebih menarik perhatian ramai apabila pemilik nama lengkap Lalisa Manobal itu memuat naik gambar di atas kapal layar mewah dan menggayakan pakaian unik.

Baju tersebut dipenuhi pelbagai hiasan ‘see-through’ berwarna emas sekali gus mempamerkan bentuk badannya.

Peminat turut mendapati perincian baju tersebut hanya menutupi sejumlah kecil bahagian dada dan mendedahkan hampir kesemua belakang badan.

Menurut pemilik jenama itu, persalinan yang digayakan Lisa merupakan produk lokal Thailand dan mereka mengambil masa lebih tujuh hari untuk menyiapkannya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok