Ainul Aishah timang bayi perempuan

PELAKON Ainul Aishah selamat melahirkan puteri sulungnya sekitar pukul 12.46 tengah hari semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan Ainul atau pemilik nama lengkap Ainul Aishah Azizun, 39, dalam Instagramnya.

Alhamdulillah, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan hari ini (semalam) 29 Mei 2024 pada pukul 12.46 tengah hari,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon filem Nana Tanjung itu turut mengalu-alukan rakan-rakan dan keluarga melawatnya di hospital.

Kepada rakan-rakan dan keluarga yang berhasrat untuk melawat saya dan bayi di hospital, WhatsApp atau DM (mesej langsung) saya okey,” ujarnya.

Bagaimanapun, anak jati Kuala Lumpur itu belum mendedahkan nama dan foto bayinya lagi.

Pada awal bulan lalu, Ainul sempat menghabiskan masa bersama rakan-rakannya dalam majlis ‘gender reveal’ untuk mengumumkan jantina aanknya.

Sebelum ini, dia mengumumkan bakal menimang zuriat pertama pada Februari lalu selepas hampir tiga tahun berkahwin.

Ainul dan suaminya, Khalid Redzuan mendirikan rumah tangga pada 18 September 2022. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok