Winter berehat selepas pembedahan

ANGGOTA Aespa, Winter dinasihatkan berehat panjang selepas menjalani satu prosedur pembedahan disebabkan kebocoran paru-paru.

Agensinya, SM Entertainment dalam satu kenyataan berkata, jadual aktiviti seni kini terpaksa disusun semula agar tidak memudaratkan.

Memandangkan risiko masalah sama berulang, keputusan berehat adalah langkah terbaik mengikut nasihat pakar perubatan.

“Jadual pada masa hadapan akan mengutamakan kesihatan dan pemulihan Winter,” memetik kenyataan agensi berkenaan.

Masalah kesihatan Winter bagaimanapun tidak mengganggu jadual seni Aespa yang telah disusun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok