[VIDEO] Zahirah Macwilson bakal lahirkan anak perempuan

IT’S a girl (bayi perempuan). Alhamdulillah.”

Demikian perkongsian pasangan selebriti popular, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza saat saat mengumumkan jantina anak kedua dalam kandungan ketika ini.

Zahirah yang kini sarat hamil mengumumkan perkara tersebut pada majlis istimewa bersama keluarga dan kenalan terdekat di kediaman mereka, semalam.

Kemeriahan acara berkenaan turut dikongsikan kepada peminat menerusi hantaran video dalam Instagram.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah Aiman apabila bakal menyambut kelahiran anak perempuan selepas menimang cahaya mata lelaki pada tahun 2021.

Turut berkongsi rasa teruja, rata-rata peminat menzahirkan ucapan tahniah selain mendoakan urusan pelakon filem Bulan & Pria Terhebat itu dipermudahkan.

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan Zahirah bersalin kelak. Tahniah,” ujar peminat.

Sepasang sudah, mesti comel sebab ibunya cantik manakala bapanya pula tampan,” kongsi pengikut.

“Allah sangat baik pada mereka kerana diberikan rezeki anak lelaki dan perempuan,” tutur netizen.

Sebelum ini, Aiman, 35, berkongsi gambar janin selepas isterinya melakukan pemeriksaan ultra bunyi menandakan mereka bakal menyambut zuriat kedua.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 itu mempunyai seorang putera iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok