[VIDEO] Tak mahu ulas perkara negatif – Ibu Aliff Aziz

MOHON semua mendoakan yang terbaik untuk Aliff, Insya-Allah hasil yang dapat juga nanti akan terbaik.”

Itu kata ibu penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil yang memohon semua pihak terus menitipkan doa buat anaknya yang berdepan kemelut rumah tangga dengan pelakon Bella Astillah.

Hafiza ketika ditemui HibGlam turut menyeru orang ramai menggadakan amalan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan untuk mendapatkan lebih ganjaran pahala.

Sekarang ini kita berada dalam 10 malam terakhir Ramadan, semua patut buat perkara yang positif. Mudah-mudahan mendapat kebaikan,” katanya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya mengenai tindakannya tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya, Hafiza enggan mengulas perkara itu.

Tiada pilihan. Kalau boleh saya tidak mahu bercakap tentang yang negatif dan mahu berbicara hal positif sahaja,” jelasnya.

Hari ini, Aliff enggan menceraikan Bella ketika sebutan kedua cerai talak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Di hadapan hakim, Aliff menyatakan tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya kerana memerlukan masa untuk membuat keputusan selain masih sayangkan Bella.

Mahkamah seterusnya menetapkan sebutan untuk keputusan laporan proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pasangan berkenaan pada 4 Jun depan.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.

Bella dan Aliff yang diijabkabulkan pada 9 September 2016 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang namun kembali rujuk dalam tempoh iddah.

Pada 9  Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff sekali lagi menjadi topik hangat apabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Malam tadi, Bella mengakui kesilapannya bermain cinta dengan pelakon baharu Muaz Zabir semata -mata mahu mencetuskan perasaan cemburu suaminya yang ketika itu menjalin hubungan dengan dua wanita.

Bella turut mendedahkan, Aliff pernah berselingkuh dengan adiknya, Erika Astillah sehingga memutuskan tali persaudaraan mereka berdua. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok