[VIDEO] Moga prosiding perceraian lancar – Bella Astillah

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekitar pukul 11.50 pagi bagi prosiding perceraian talak dengan suaminya, Aliff Aziz hari ini.

Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, yang mengenakan jubah rona biru muda berharap proses perceraian hari ini berjalan lancar.

Saya berharap semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar.

“Minta doakan saya ye,” ujarnya kepada HibGlam.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.

Bella sah bergelar isteri  Aliff pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 6, serta Ara Adreanna, 3.

Pasangan itu pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang namun kembali rujuk dalam tempoh edah.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff  sekali lagi menjadi topik hangat apabila juara Gegar Vaganza musim kelapan ituditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Manakala Bella mengakui bermain cinta dengan pelakon baharu, Muaz Zabir pada tahun lalu kerana mahu mencetuskan cemburu Aliff yang ketika itu berselingkuh dengan dua wanita. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok