KENAPA rumah mommy tiada baba? Mengapa tidak tinggal bersama?”
Demikian soalan spontan putera tunggal pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden yang tertanya-tanya mengapa ibu bapanya yang tidak tinggal sebumbung.
Menerusi video dimuat naik dalam Instagram, Sharnaaz pada mulanya enggan menjelaskan situasi sebenar tentang rumah tangganya kerana merasakan belum sampai masanya Jebat mengetahui keadaaan sebenar.
Namun, Jebat meminta bapanya untuk memberi penerangan meskipun umurnya baru mencecah tujuh tahun.
Disebabkan itu, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 39, memaklumkan statusnya yang bukan lagi suami kepada Noor Nabila.
“Sebab mommy dan baba sudah berpisah. Disebabkan itu mommy kahwin lain sebelum ini.
“Tapi baba tidak kahwin lain. Ada teman wanita sahaja sebab takut nak kahwin.
“Tunggulah baby (Jebat Jayden) besar sikit nanti barulah baba kahwin semula,” jawabnya kepada Jebat.
Selain itu, pelakon filem The Orginal Gangster itu terkejut dengan perkembangan buah hatinya itu yang sudah pandai melontarkan soalan matang.
Anak baba dah besar. Soalan dia makin tajam ya kawan-kawan.
“Tidak mengapa, anak baba memang sempoi dan sangat memahami.
Kami ada kehidupan secara berasingan tetapi hanya satu kehidupan bersama anak lelaki kami. Sayang awak, kawan baik saya,” ujarnya dalam ruangan kapsyen.
Sharnaaz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada usahawan selebriti, Neelofa itu pada Mac 2017.
Namun, perkahwinan mereka tidak berpanjangan apabila bercerai pada Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden, 7. – HIBGLAM
View this post on Instagram