[VIDEO] Bawa pengawal peribadi, Aliff Aziz tutup mulut

DIKAWAL ketat tiga pengawal peribadi, kehadiran penyanyi Aliff Aziz  di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dengan ditemani ibunya, Siti Hafiza Basharahil bagi prosing perceraian dengan isterinya, Bella Astillah hari ini mencuri perhatian ramai.

Aliff yang mengenakan pakaian serba hitam bagaimanapun  enggan memberikan sebarang komen mengenai prosiding hari ini.

Selain ibu, bapa Aliff iaitu Aziz Sapdan turut menemani anaknya dan berharap agar urusan hari ini dipermudahkan.

Kita doa yang terbaik,” kata Aziz.

Sebelum itu, Bella yang hadir turut berharap segala urusan di mahkamah berjalan lancar dan memohon doa yang baik-baik daripada semua pihak.

Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun anak jati Singapura itu tidak muncul pada hari perbicaraan.

Bella dan Aliff yang berkahwin pada 9 September 2016 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, serta Ara Adreanna, 3.

Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali ‘kantoi’ berlaku curang namun kembali rujuk dalam tempoh edah.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi menjadi topik hangat apabila juara Gegar Vaganza musim kelapan itu ditangkap berkhalwat dengan pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Manakala Bella mengakui bermain cinta dengan pelakon baharu, Muaz Zabir pada tahun lalu kerana mahu mencetuskan cemburu Aliff yang ketika itu berselingkuh dengan dua wanita. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok