Tiada ‘u-turn’ selagi misi belum selesai – Sarah Yasmine

“TIDAK kira berapa hebat kecaman yang hadir, saya kena teruskan. Tiada U-turn!”

Demikian respons kekasih Aliff Aziz, Sarah Yasmine apabila dicop tiada maruah, lapar perhatian dan tegar apabila tegar dengan pendirian mahu membongkar kebenaran sebelum kembali menunaikan tanggungjawab hakiki kepada dua anaknya.

Kata wanita berusia 24 tahun itu, biarlah didakwa membuka pekung sendiri bertindak mendedahkan pembohongan, tiada istilah berpatah balik selagi misi belum selesai.

“Saya sedar tanggapan negatif segelintir individu, namun pada masa sama tahu lebih ramai yang menyokong tindakan saya membongkar perkara sebenar.

Jika diberi pilihan, saya mahu pulang ke pangkuan keluarga seterusnya melaksanakan rutin harian, terutama menjaga dua permata hati kesayangan.

“Tetapi saya ada tanggungjawab untuk dilunaskan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya sampai bila pembongkaran yang mencetuskan kekalutan harus berterusan, kata Sarah semua impak yang tercetus dengan satu persatu nama terpalit bukan dirancang.

Wanita asal Singura itu turut menegaskan, fokus utama masih kepada pelakon Ruhainies dan Sophia Albarakbah yang didakwa punca Aliff berterusan menjadi bahan kecaman.

Turut menerima kecaman dan ugutan netizen, dia melihat perkara tersebut sebagai dugaan dalam menegakkan kebenaran.

Ya, saya ada terima bermacam-macam mesej negatif tetapi komen positif serta sokongan lebih banyak disalurkan dalam DM (mesej langsung).

“Setakat ini kita go with the flow, saya sendiri tidak tahu di mana penamatnya tetapi yakin pada akhirnya bukti kebenaran itu ada,” ujarnya.

Nama Sarah ‘panas’ selepas membuat pendedahan mengejut mengenai dakwaan wujudnya hubungan cinta antara Aliff dengan pelakon yang ditangkap khalwat dengannya, Ruhainies.

Lebih kecoh apabila pendedahan bermotifkan cubaan mempertahankan kekasihnya daripada dipergunakan turut mengheret beberapa selebriti lain sehingga mencetuskan ‘perang’ media sosial. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok