Tak sokong anak bukan bermakna tak sayang – Patimah Ismail

KELUARGA kami sudah tidak lengkap.”

Demikian luahan sayu isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam, Datin Patimah Ismail berikutan ketiadaan anaknya, Syamsul Yusof ketika sambutan hari raya beberapa tahun kebelakangan ini.

Perkara tersebut dikongsi Patimah selepas mengulang siar video milik menantunya, Aisyeah Zainal iaitu isteri Syafiq Yusof yang memaparkan koleksi foto keluarga sempena sambutan hari raya keluarga sejak 2014 sehingga 2023.

Menerusi paparan video itu, kelibat Syamsul tidak kelihatan pada 2022 dan 2023.

Jangan salah tafsir, tidak sokong anak bukan bermakna tak sayang,” katanya dalam ruangan komen.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik Aisyeah kerana ingin netizen meneka warna tema baju raya mereka sekeluarga tahun ini.

Pada tahun lalu, pelakon Puteri Sarah Liyana dan dua anaknya Syaikhul serta Sumayyah menyambut hari raya di kediaman mentuanya tanpa kehadiran Syamsul.

Terdahulu, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah berakhir apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun berkahwin.

Sementara itu, Syamsul pula sebelum ini membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kaza sekitar Januari lalu di Thailand.

Sejak berkahwin, masih tiada lagi pertemuan antara Ira dan keluarga mentuanya selain Syamsul juga dikatakan sudah lama tidak pulang ke rumah Yusof. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok