‘Tak faham, lesen memandu makin lama makin mahal’

TERKEJUT dengan bayaran membuat lesen, pempengaruh media sosial, Ubai MZ mempersoalkan mengapa caj yang dikenakan terlampau tinggi sehingga mencecah RM3,000.

Kata Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 26, harga tersebut dirasakan tidak setimpal dengan perkhidmatan yang disediakan.

Tadi bawa adik pergi daftar sekolah memandu. Harga lesen kereta auto RM2,700. Kenapa harga lesen kenderaan ini makin lama makin mahal ya?

“Masih tidak faham kenapa mahal, buku belajar memandu pun atas talian dalam bentuk PDF.

Tapi nak buat macam mana, aku pun dah bayar deposit sebanyak RM900 jadi, reda sahajalah,” luahnya menerusi platform X.

Senada dengan suami kepada penyanyi Shila Amzah itu, rata-rata netizen turut merasai perkara sama bahkan ada yang rela membayar saman kerana tidak mampu mendapatkan lesen memandu.

“Memang mahal, padahal servis yang diberikan boleh dikatakan tidak setimpal. Buku panduan pun bagi atas talian sahaja, kadang ada cikgu memandu yang ajar ala kadar,” komen netizen itu.

Aku lebih rela bayar saman daripada buat lesen, harga terlalu mahal. Dua bulan gaji belum tentu mampu nak hadap bayaran terlalu tinggi,” demikian komen pengguna X.

Pun begitu, terdapat juga segelintir netizen yang berpendapat harga tersebut sesuai dengan ekonomi masa kini.

“Okey harga macam itu, lagipun ambil lesen auto memang mahal.  Zaman sekarang tiada yang murah, ekonomi teruk,” luah seorang netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok