Taehyung makin ‘sado’, maskulin

EMPAT bulan menjalani latihan tentera, perubahan fizikal anggota kumpulan BTS, Taehyung yang kini kelihatan lebih berotot menjadi bualan hangat peminat dalam media sosial.

Idola berusia 29 itu dikatakan sudah berdada bidang memiliki bahu lebih tegap berbanding sebelum ini.

Rata-rata netizen juga menzahirkan rasa kagum melihat perubahan penampilan penyanyi itu bekerja keras dengan penuh berdisiplin semasa menjalani latihan.

Saya selalu tengok badan kurus Taehyung tapi sekarang sejak berotot, dia nampak lebih kacak,” kata seorang netizen.

“Dahulu nampak macam remaja, sekarang lebih maskulin dan seperti seorang lelaki budiman yang gagah,” demikian komen seorang netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok