Syamsul Yusoff kembali ‘bernyawa’, ramai pengikut teruja

SELEPAS beberapa bulan menyepi, pengarah Syamsul Yusof kembali aktif dalam Instagramnya semalam.

Kemunculan semula pemilik nama penuh Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, itu mula disedari ramai selepas dia memuat naik video bersama dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

Challo beta (mari anak-anak),” katanya ringkas dalam bahasa Hindi.

Menerusi video tersebut, kelihatan Syaikul sedang bermain bola sepak manakala Sumayyah pula melakukan beberapa aktiviti persekolahannya.

Bukan sahaja hantaran tersebut, dia turut memuat naik poster filem Sheriff: Narko Integriti arahan adiknya, Syafiq Yusof dalam InstaStory.

Teruskan Syafiq! Sokonglah filem adik saya semua,” ujarnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen menzahirkan rasa teruja apabila pengarah filem Mat Kilau itu kembali aktif dalam media sosial.

Selamat kembali,” komen Sharnaaz Ahmad.

“Fuh! Lama abang Syamsul tak muat naik apa-apa,” kata pengguna Instagram.

Terdahulu, Syamsul dilihat hanya akan berkongsi berkaitan filem, anak-anak dan perang di Palestin dalam media sosialnya.

Namanya juga sering menjadi bualan apabila dikatakan masih belum pulang ke kediaman ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail sejak beberapa tahun lalu.

Syamsul juga tidak pernah memuat naik sebarang hantaran berkaitan isterinya, Ira Kazar dalam Instagram selain timbul khabar angin Ira sedang berbadan dua.

Sebagai rekod, Syamsul sebelum ini mengesahkan pernikahannya dengan Ira berlangsung di Thailand pada 6 Januari tahun lalu.

Pada 14 Jun 2023, Syamsul sah bercerai talak satu dengan aktres Puteri Sarah Liyana selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok