Sophia Albarakbah, betul ke awak tak layan Aliff? – Sarah Yasmine

BELUM tamat perang dengan Ruhainies, kini ‘kekasih gelap’ penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine terus bertindak agresif dengan ‘menyerang’ pelakon, Sophia Albarakbah.

Perkara itu mula tercetus apabila Sarah memuat naik rakaman video memaparkan Sophia sedang memperkatakan tentang golongan wanita tidak perlu bersaing kerana situasi tersebut dianggap sebagai toksik.

Bukan itu sahaja, Sarah turut mempertikai komen netizen yang memuji Sophia kerana tidak meneruskan hubungan dengan Aliff sebelum ini.

“Betul ke sedar awal, bukan penyondol dan bermaruah?

“Sekarang mari kita bercakap tentang awak, ‘bidadari’ Sophia Albarakbah.

“Awak tahu apa yang saya katakan. Hanya awak, Aliff dan saya tahu?” katanya dalam InstaStory hari ini.

Tidak terhenti di situ, Sarah meneruskan bahang apabila memuat naik ciapan Sophia yang melahirkan rasa syukur pada tarikh Aliff ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.

“Hari Aliff kene tangkap khalwat lagi awak telah memuat naik hantaran macam ini kemudian beritahu wartawan sana-sini Aliff yang tercari-cari awak tapi awak tak layan.

“Saya tidak akan melakukan perkara ini kalau bukan sebab awak mahu menambah kebencian kepada Aliff dengan kenyataan palsu dan pembohongan serta ingin dilihat seperti malaikat? Memang tidak.

“Jadi, saya akan memulakan semuanya terlebih dahulu sebelum awak terus melemparkan kebencian kepada Aliff. Awak juga layak merasai perkara sama (dibenci). Jadi, betul ke tak layan?” katanya lagi.

Memanaskan lagi keadaan, Sarah turut memuat naik tangkap layar perbualan antara Sophia dengan Aliff dipercayai menerusi ruangan mesej Instagram pada tarikh 28 Mac lalu.

“Jadi, jangan cuba suruh wartawan buat cerita tentang awak tak layan Aliff, tetapi hakikatnya melayan hingga 28 Mac.

“Sejujurnya kalau saya tak dengar maklumat itu, saya memang tak akan mahu berbual tentang ‘bidadari’ ini.

“Saya benci Ruhainies sebab dia tipu saya tapi awak pula nak tipu satu dunia dengan cerita tak melayan tapi sampai rancang nak berjumpa. Itu tak layan?” luahnya.

TANGKAP layar pendedahan terbaharu Sarah Yasmine yang mendakwa Sophia Albarakbah menipu.

Sarah turut memerli Sophia kerana tidak menghentikan tindakan Aliff yang memanggilnya dengan panggilan sayang dan cinta.

“Dia panggil awak ‘yang’ dan ‘love’ tapi awak tak mahu hentikan dia pun?

“Awak tetap layankan, betul Sophia?” selarnya.

Sophia sekitar tahun lalu pernah terpalit dengan kontroversi kononnya menjadi orang ketiga mengganggu keharmonian rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.

Kontroversi tercetus apabila Bella mendedahkan keintiman Sophia dan Aliff selepas terlibat dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

Disebabkan dakwaan tersebut, hampir setahun Sophia dihujani dengan gelaran sebagai penyondol rumah tangga orang. – HIBGLAM

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok