[VIDEO] Setuju jadi hero, KJ terima lamaran Erma Fatima

LAMARAN penerbit dan pengarah terkenal Erma Fatima untuk menyunting bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjadi hero drama terbitan syarikat produksinya akhirnya bersambut.

Menerusi segmen Bekpes Hot, Hot FM hari ini, Erma merayu Khairy, 48, atau popular disapa KJ untuk membintangi sambungan drama fenomena Lelaki Itu yang mendapat permintaan tinggi daripada peminat setia siri itu.

“Netizen suruh saya sambung, TV3 pun suruh saya sambung.

“Saya tak boleh nak sambung kalau bukan YB lah heronya,” katanya dalam nada serius.

Tidah hanya itu, pemilik nama lengkap Fatimah Rahmad Ali, 56 itu juga berkeras tidak akan keluar dari konti radio selagi KJ tidak memberi jawapan yang dikendakinya.

“YB, saya tak mahu balik kalau YB tak jawab.

“Saya tak nak balik YB, saya boleh berkeras di sini sebab saya nak buat pengumuman pada malam ini,” kata Erma.

Dalam pada itu, KJ yang keliru dengan situasi tersebut akhirnya menerima tawaran mengejut daripada Erma.

“Kita ‘on’ sahaja lah kakak,” katanya sambil ketawa.

Sebelum ini, HOT FM membuat tawaran kepada KJ menerusi surat terbuka dalam Instagram rasmi milik mereka untuk bertugas sebagai penyampai radio setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 hingga 10 pagi.

KJ kemudian digandingkan dengan Johan, AG dan Fara Fauzana mulai 15 Februari 2023. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok