‘Sentuh Dini? Jangan main gila dengan Janna Nick’

LAMBAKAN kontroversi rumah tangga pasangan selebriti menimbulkan kerisauan dalam kalangan artis tanah air termasuk pelakon dan pengacara Janna Nick.

Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, 29, mengakui enggan campur tangan  kontroversi yang melanda industri hiburan ketika ini kerana khuatir kebahagiaan rumah tangganya dengan pelakon Dini Schatzman akan turut tergugat.

Kita yang sudah berumah tangga takut terpalit juga, nak mengata orang pun takut sebab tak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan.

“Macam saya dengan Dini, setiap hari buat TikTok, berseronok dan mesra. Apabila orang puji sangat pun saya takut kalau tiba-tiba Allah SWT uji,” katanya ketika mengacarakan sebuah program hiburan semalam.

Pelantun lagu Gatal itu turut memberi amaran kepada mana-mana individu agar tidak menganggu kebahagiaan rumah tangganya dengan Dini.

“Dalam fasa yang saya sedang gembira dan Dini sahaja kebahagiaan saya, siapa berani sentuh saya tak kisah masuk penjara.

“Jangan main gila dengan Janna Nick,” tegasnya.

Mutakhir ini, banyak isu rumah tangga artis tanah air menjadi topik bualan ramai dalam media sosial terutama kontroversi membabitkan pelakon Aliff Aziz, Ruhainies dan Bella Astillah.

Isu tersebut turut mewujudkan beberapa ‘watak’ baharu termasuk wanita bernama Sarah Yasmine yang merupakan kekasih gelap Aliff.

Sarah sehingga kini terus menghangatkan industri hiburan apabila tanpa henti mendedahkan pelbagai konspirasi, komplot dan kecurangan melibatkan individu sekeliling Aliff. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 OFFICIAL (@meloditv3)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok