Senduk Swap meledak dalam Netflix

SEJAK ditayangkan dalam Netflix pada bulan lalu, drama Senduk Swap berjaya mencuri perhatian ramai sehingga menduduki 10 tangga teratas dalam platform penstriman tersebut.

Siri berkenaan mengisahkan dua remaja, Ayu (Qasrina) dan Sofea (Emma) yang berasal dari dua latar belakang yang jauh berbeza. Ayu berasal dari kampung dan berazam untuk menjadi chef terkenal. Manakala Sofea, seorang fashionista yang hidup dalam kemewahan di bandar.  

Mereka berjumpa pada hari pembukaan kolej dan terjadi sebuah kejadian misteri yang membuatkan mereka tertukar badan! Ayu dan Sofea perlu mengatasi kelemahan masing-masing untuk mendapatkan hidup mereka kembali. 

Drama lakonan Datuk Eizlan Yusof, Fatimah Abu Bakar, Qasrina Karim dan Emma Sofea itu meraih pujian ramai kerana jalan cerita yang ringan dan lucu.

“Baru tahu cerita ini sudah wujud sejak tahun 2022. Seronok rupa-rupanya.

“Lakonan semua pelakon hebat dan kelakar!” komen netizen.– HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok