PENDEDAHAN seorang individu menjadi kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz meraih perhatian pelakon Lana Nodin yang menyelar sikap tidak tahu malu segelintir perempuan.
Ujar pemilik nama penuh Mazlina Hassan Nodin, 44, dia pelik dengan wanita zaman sekarang tanpa segan silu membuat pengakuan menjalin hubungan terlarang dengan suami orang.
Wanita masa kini terlalu murah, mengaku girlfriend (kekasih) walaupun (lelaki) dah kena tangkap dengan perempuan lain.
“Walhal, ada bini lagi,” tulisnya pada ruangan komen hantaran sebuah portal berkaitan pendedahan wanita bernama Sarah Yasmine yang mengaku bercinta dengan suami Bella Astillah.
Kata pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu, dia juga pernah berpakaian seksi satu ketika dahulu namun tidak pernah terlintas menggadaikan maruahnya sebagai wanita.
Aku dulu pun seksi bagai juga tapi tak adalah sampai maruah diri pun nak kena korbankan pasal jantan macam ini. Tak berbaloi,” ujarnya.
Dalam komen sama, Lana menasihati kaum hawa agar lebih berhati-hati dalam memilih kekasih mahupun bakal suami.
Sebagai wanita, dia mengakui ketika sedang sakit pun tetap mengikuti perkembangan semasa kerana terkesan dengan pendedahan dilakukan Sarah.
“Sedarlah wanita, ramai lagi lelaki yang elok untuk dijadikan kekasih atau pasangan hidup.
Aku tengah sakit dekat hospital pun terkesan tengok kenyataan macam ini,” katanya lagi.
Sejak semalam dunia hiburan tanah air gempar apabila wanita dipercayai asal Singapura itu membuat pengakuan terbuka bercinta dengan Aliff sejak Januari lalu.
Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhainies pada Mac lalu.
Lebih mengejutkan, wanita itu turut mendakwa aktres terbabit telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.
Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit selain mendakwa Aliff juga pada masa sama bercinta dengan Ruhainies biarpun sebelum ini masing-masing menegaskan mereka hanya berkawan.