Saya hanya mahu bantu, dengar keluhan Bella – Muaz Zabir

TIADA niat memporak-perandakan rumah tangga orang.”

Demikian kata pelakon Muaz Zabir yang terpalit kontroversi rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz.

Muaz atau nama penuhnya, Muaz Mohamad Zabir, 27, mengakui pernah menjalin hubungan dengan Bella untuk mencetuskan rasa cemburu Aliff.

Saya tidak nafikan kenyataan yang dikeluarkan Bella sebelum ini bahawa kami pernah rapat sekitar tahun lepas dan perkara ini sudah diselesaikan.

“Saya manusia biasa, tiada niat untuk masuk campur lebih-lebih lagi membabitkan individu yang sudah berumah tangga.

Kami juga sepakat untuk ‘move on’. Saya hanya dengar keluhan Bella sebagai rakan yang ingin membantu. Tiada niat memporak-peranda rumah tangga orang,” katanya.

Menurut pelakon drama Pemburu Rahsia itu lagi, kontroversi terbabit memberi impak besar terhadap kehidupan dan kerjayanya.

Sedar akan kekhilafan diri, Muaz berlapang dada menerima apa sahaja kritikan dan pandangan orang ramai apabila sanggup dipergunakan Bella untuk meraih perhatian suami.

Perkara ini sangat memberi tekanan kepada saya dan juga Bella.

“Saya tidak dapat menutup mulut masyarakat daripada terus berkata-kata. Saya akui ini memang khilaf saya,” katanya dalam satu temu bual bersama media tempatan.

Sebelum ini, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mengeluarkan kenyataan pernah bermain cinta dengan Muaz untuk mencetuskan rasa cemburu Aliff yang ketika itu berselingkuh dengan dua wanita.

Terdahulu, tular di platform TikTok pendedahan perbualan dan gambar mesra kedua-dua pelakon itu sekali gus meraih reaksi pelbagai netizen.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok