Ryeowook, Ari kahwin Mei ini

Tiada angin tiada ribut, anggota kumpulan Super Junior, Ryeowook mengesahkan bakal berkahwin dengan bekas ahli kumpulan Tahiti, Ari pada Mei hadapan.

Ujar penyanyi berusia 37 tahun itu, keputusan berkahwin bukan dibuat secara mengejut sebaliknya sudah mendapat persetujuan daripada keluarga serta pihak pengurusan masing-masing.

“Seperti yang anda semua tahu, saya kini sedang mengenali seseorang. Selepas menghabiskan banyak masa bersama, perasaan ingin membina sebuah keluarga membuak-buak.

“Ini sama sekali bukan keputusan yang mengejut tetapi selepas berbincang dengan semua pihak, saya dan Ari memutuskan berkahwin pada akhir Mei depan,” katanya menerusi platform media sosial.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok