Running Man hampir kehilangan Ji Suk-jin

KETIKA rancangan realiti terkenal Running Man diuji krisis dalaman, ahlinya iaitu Ji Suk-jin mengakui hampir menarik diri daripada meneruskan penglibatan dalam program terbabit.

Bagaimanapun, sokongan yang diberikan oleh peminat di Thailand semasa menjelajah negara itu telah berjaya mengubah fikirannya.

Saya sentiasa berterima kasih dengan rakyat Thailand. Mereka memberikan sambutan luar biasa ketika program ini berada di ambang genting.

“Ketika itu saya terfikir untuk berhenti tetapi selepas melihat sokongan ramai penonton Thailand, saya berubah hati,” katanya dalam episod terbaharu Running Man. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok