KECEWA melihat sikap tidak tahu malu segelintir ibu bapa yang mempertikai jumlah duit raya diterima anak mereka, pelakon Fatin Afeefa tampil bersuara menegur golongan itu.
Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, berkata, ibu bapa seharusnya ada adab lebih-lebih lagi dala soal pemberian duit raya yang bukan menjadi kewajipan pada hari raya.
Buat ibu bapa yang mengeluh ramai kedekut bagi duit raya seringgit, mohon ada sedikit maruah. Pengemis tidak boleh memilih.
“Tiada rasa benci cuma sakit hati tengok ibu bapa yang tiada common sense. Siap muat naik anak dapat duit raya seringgit sahaja.
Tidak malukah? Awaklah sepatutnya bagi duit raya kepada anak awak. Gila!,” katanya menerusi hantaran InstaStory.
Dalam masa sama, dia menitipkan pesanan kepada ibu bapa agar tidak menggunakan duit raya anak untuk membeli keperluan atau kehendak diri.
“Beli barang keperluan seperti lampin, susu, barang sekolah, tukar sportrim, servis kereta, isi minyak atau apa-apalah haram guna duit raya anak,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, tular dalam aplikasi TikTok beberapa keluarga berkongsi momen gembira penyerahan duit raya.
Namun, ada individu bersikap biadab dengan mempersoalkan jumlah wang diberikan tuan rumah.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian beberapa rakan selebriti lain seperti Uyaina Arshad, Diana Danielle dan Uyaina Arshad. – HIBGLAM