[VIDEO] Pemaaf, sikap Abby Abadi dipuji ramai

TABIK hormat kepada Abby. Paling banyak tersakiti tetapi boleh menjadi menyatukan semua orang.”

Demikian pujian netizen buat pelakon Abby Abadi yang dilihat berkumpul bersama keluarga besarnya termasuk Marissa Dania dan Memey Suhaiza meski hati pernah dilukai.

Perkara tersebut dilihat dalam sebuah video hantaran Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, yang  beraya di rumah bekas suaminya, Norman Hakim.

Abby bersama isteri Norman iaitu Memey  turut mengenakan busana dan tudung sedondon rona hijau sekali gus mencerminkan kebahagiaan kedua-dua keluarga.

Dalam masa sama, Abby juga menunjukkan kemesraan bersama anak keduanya itu sekali gus meleraikan persengketaan antara mereka selepas Marissa membelakangi ibunya dalam membuat keputusan menjadi isteri kedua Ahmad Aslam.

Rata-rata netizen kagum dengan keterbukaan Abby yang masih boleh berbaik selepas mengharungi pelbagai konflik dalam keluarga.

Sedar tak sedar, cara Abby merupakan dakwah. Melihat kebahagiaan dan kemesraan rumah tangga walaupun dugaan serta ujian datang,” kata peminat.

“Macam mana nak jadi positif seperti Abby. Saya selalu cuba tetapi jauh di sudut hati ada rajuk dan luka,” ujar pengikut.

Sebelum ini, pelakon drama Gerak Khas itu dipertemukan dengan menantunya, Ahmad Aslam yang merupakan suami kepada, Marissa pada 1 Syawal lalu.

Abby turut memaklumkan bahawa hari raya tahun ini merupakan peluang untuk semua pihak memperbaiki kesilapan lalu.

Untuk rekod, Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya iaitu Umisya Mazlan di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok