Nazrief dapat gambar tak senonoh lagi

LARIS sungguh pelakon Nazrief Nazri dalam kalangan penggemar kaum sejenis apabila sekali lagi mendedahkan mendapat mesej meloyakan yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebagai perunding kewangan tentu sahaja nombor telefonnya mudah dihubungi sesiapa sahaja tetapi bukan bermakna dia sanggup melihat gambar-gambar tidak senonoh.

Akui bapa kepada seorang anak itu, insiden terbaharu menyaksikan satu kiriman gambar alat sulit lelaki sebagai mukadimah salam kenal.

Macam kejadian dua bulan lalu, kali ini Nazrief turut ‘sekolahkan’ individu yang disifatkan ‘sangap’ atau kemaruk itu agar bertaubat.

Alahai Mizz Lahar baca paparan mesej dikongsikan aktor itu dalam Instagramnya pun dah rasa loya.Nampaknya bukan sahaja anak gadis, lelaki dan bapa orang pun tak selamat sekarang.

Mizz Lahar: Terkesima dengan pengakuan artis remaja yang cuba dihimpit individu kenamaan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok