Mutu vokal Le Sserafim mengecewakan!

BIARPUN mempersembahkan aksi yang memberangsangkan ketika menjayakan festival muzik terbesar di Amerika Syarikat, Coachella Valley Music and Arts Festival, kumpulan Le Sserafim tetap dikritik hebat.

Hal tersebut kerana rata-rata peminat meletakkan jangkaan tinggi terhadap kemantapan nyanyian terutama sekali kemampuan vokal mereka.

“Ramai yang tahu mereka tidak boleh menyanyikan secara langsung kerana mempunyai vokal teruk tetapi kenapa syarikat rakaman menghantar mereka ke Coachella?,” soal netizen.

“Saya sangat teruja melihat persembahan mereka di pentas Coachella tetapi kecewa dengan mutu vokal mereka yang tidak bagus,” kata seorang lagi peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok