Pendedahan perbualan WhatsApp antara dua individu dipercayai selebriti sensasi, Aliff Aziz dan Ruhainies meletakkan singkatan MUSM iaitu ‘miss you so much’ sebagai topik trending di aplikasi X.
Akronim yang merujuk kepada perkataan sayang itu didakwa dilayangkan suami kepada Bella Astillah kepada individu bernama NRF atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas.
Dalam paparan tangkap layar yang didedahkan seorang wanita, Aliff dilihat menggunakan MUSM, manakala Ruhainies pula selesa dengan akronim LUM (Love You More).
Semua kandungan mesej mesra terbabit dikongsikan dalam Instagram individu bernama Sarah Yasmine yang mengaku sebagai seorang lagi kekasih Alif pada Isnin lalu, selain paparan kedua dalam pendedahan terbarunya, malam tadi.
Selain singkatan ungkapan romantis yang menunjukkan keintiman pasangan bercinta, nama Aliff Aziz juga menduduki tangga teratas carta trending Malaysia.
Menyemak dalam senarai Top 5 trending di Malaysia, MUSM menduduki tangga kedua manakala Bella keempat dan Sarah Yasmine tempat kelima, sekitar awal pagi tadi.
Kontroversi membabitkan hubungan empat penjuru itu menjadi topik hangat selepas Sarah memuatnaik tangkap layar didakwa perbualan dua bintang sensasi terbabit.
Wanita dipercayai ibu tunggal dua anak itu turut mendedahkan wujudnya konspirasi menjatuhkan Bella yang membawa kepada keengganan Aliff menceraikan pelakon dan penyanyi terbabit.
Akuinya, dia berbuat demikian kerana kasihan Aliff dikecam netizen, selain terkilan apabila lelaki berkenaan turut menipu walaupun dibenarkan tinggal sebulan di rumahnya selepas insiden ditangkap khalwat dengan Ruhainies.
Malam tadi, Sarah tampil kali kedua dengan pendedahan terbaru yang diambil daripada Whatsapp kekasihnya termasuk dakwaan campur tangan pelakon Emma dan Chacha Maembong, serta dakwaan Caprice sebagai rakan subahat. – HIBGLAM